Jumaat, 27 Februari 2009

Tragedi tahun 2003 bermulanya kisah


Jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Mak Olah terasa ibu jari kakinya berdenyut-denyut kesakitan yang teramat. Diamati dengan teliti ibu jari kaki kanannya itu dengan teliti. Mak Olah terkejut kerana didapati ibu jari kakinya itu berlubang dan ada sedikit nanah dalamnya, Mak Olah memanggil abah untuk melihat apa yang perlu dilakukan. Abah pada masa itu berada di luar rumah. Abah terkejut dan meluru masuk dalam rumah dan melihat apa yang berlaku, alangkah terperanjatnya didapati ibu jari kaki kanan Mak Olah bengkak dan bernanah. Abah mengambil keputusan membawa Mak Olah ke Klinik Keluarga dekat dengan kampung ku. Mak Olah dipapah oleh Abah masuk dalam kereta dan terus ke klinik tersebut. Setibanya di sana doktor telah mengarahkan Mak Olah masuk dengan segera kerana keadaan Mak Olah yang teramat sakit. Doktor perempuan yang merawat Mak Olah, Mak Olah memberitahu kepada doktor yang dia ada mengidap Kencing Manis..setelah doktor memeriksa tekanan darah Mak Olah juga tinggi dan doktor tersebut mengambil keputusan untuk membuat pembedahan kecil pada ibu jari kaki kanan Mak Olah itu.


Pembedahan kecil itu mengambil masa sejam setengah..(Anda Ingin Tahu Apa Yang Berlaku ???). Daging pada jari kaki Mak Olah dipotong dan dihiris satu persatu seumpama kita menghiris daging lembu ,satu demi satu daging yang mati dibuang dan bergulung - gulung kapas disumbat dalam ibu jari kaki Mak Olah..yang peliknya apa yang berlaku ialah doktor tersebut sudah tidak ada idea untuk meneruskan pembedahan tersebut..doktor itu berkata kepada Mak Olah " Makcik..ibu jari kaki makcik dah teruk kami tak boleh buat apa - apa lagi semua urat - urat sudah mati, kami akan buat laporan untuk Makcik rujuk kepada Hospital Alor Setar sebab jari kaki makcik mesti kena potong". Pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan Mak Olah begitu kecewa, apa yang terjadi pada jari kaki Mak Olah ialah berlubang agak besar kelihatan..kemudian setelah selesai buat pembedahan doktor tersebut telah mengarahkan pembantunya menyapu madu lebah pada tempat pembedahan tersebut supaya cepat sembuh tempat luka tersebut..setelah selesai jari kaki Mak Olah dibalut dengan rapi...dan Mak Olah terus balik ke rumah dengan hati yang hampa.

Apa yang saya hairankan ialah..setahu saya sesiapa yang menghidap Kencing Manis di mana tahap gula dalam badan yang terlalu tinggi tidak boleh sama sekali membuat pembedahan kerana akan lebih serius lagi..tapi kenapa doktor tersebut mengambil tindakan mudah?

Sampai saja di rumah Mak Olah begitu tertekan perasaannya sebab ibu jari kaki kanannya terpaksa di potong dan Mak Olah memikirkan apa yang akan berlaku nanti bila bukan saja jari kakinya di potong malah seluruh kaki kanannya terpaksa di potong..bermacam - macam persoalan yang timbul dari benak pemikiran Mak Olah itu. Abah tidak putus asa memikirkan masalah yang berlaku. Abah telah mengambil langkah yang bijak lalu dia terus mencapai telefon dan menelefon Paksu Sobri..Paksu Sobri ialah seorang doktor Pakar Sakit Puan dekat Hospital Alor Setar. Abah lalu menceritakan hal yang sebenar kepada Paksu dari mula sampai akhir. Paksu Sobri telah memberi pandangan kepada abah supaya sekiranya ada duit lebih, bawalah Mak Olah terus ke Hospital Pakar..( Kedah Medical Central ).
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang..kedengaran bunyi motosikal honda 70 cc Pakteh menghala balik ke rumah. Pakteh pada masa itu tidak tahu menahu apa - apa yang berlaku dan Mak Olah meminta Abah pergi mendapatkan Pakteh pada tika itu Pakteh baru saja masuk dalam rumahnya. Pakteh terus meluru masuk dalam rumah dan mendapatkan mak Olah. Apabila Pakteh melihat apa yang berlaku alangkah terkejutnya dia dan terus memeluk Mak Olah dan menangis betapa hibanya musibah yang berlaku. Mak Olah menceritakan satu persatu kepada Pakteh apa yang berlaku...Mak Olah terasa sakit pada jari kakin kanannya itu sebab kasut yang dia pakai terlalu sendat dan telah melicikkan kulit jari kaki Mak Olah.

Abah dan Pakteh berbincang untuk membawa Mak Olah ke Kedah Medical Central untuk menerima rawatan di Hospital Pakar tersebut. Mereka bersepakat dan bersetuju membawa Mak Olah ke sana. Jam lebih kurang 4.00 petang mereka sampai ke Kedah Medical Central dan terus mendaftar ke kaunter kecemasan dan telah dirawat oleh seorang doktor pakar berketurunan Sigh..doktor tersebut telah membaca laporan yang ditulis oleh doktor tak berapa nak pakar dari Klinik Keluarga itu..dan telah mengarahkan pembantunya untuk membuat x-ray dekat ibu jari kaki Mak Olah. Pakteh dan Abah pada masa itu menunggu dekat luar dengan perasaan berdebar - debar untuk mengetahui keputusan x-ray. Dalam jam lebih kurang pukul 5.00 petang, Mak Olah keluar dari bilik x-ray ..Pakteh dan Abah di panggil oleh doktor pakar tersebut di mana Mak Olah pun turut sama berada di situ. Mengikut x-ray yang dibuat tadi doktor pakar tersebut melahirkan perasaan kecewa dengan tindakkan laporan doktor dari klinik Keluarga kerana hasil dari keputusan x-ray urat - urat pada jari kaki kanan Mak Olah masih lagi berfungsi sedangkan laporan dari doktor yang mengaku kata pakar dari Klinik Keluarga menyatakan sebaliknya. Alangkah terkejutnya Mak Olah , Pakteh dan Abah pada masa itu...cuba anda fikir sekiranya abah tidak mengambil keputusan yang tepat lalu membawa Mak Olah ke Hospital Alor Setar, rasanya kaki Mak Olah di potong.

Pada masa itu bukan doktor Sigh itu saja ada dalam bilik kecemasan itu ada 3 orang doktor pakar berada dalam bilik itu dan mereka semua terkejut dengan tindakan doktor dari Klinik Keluarga itu..salah seorang dari doktor pakar tersebut memberi cadangan kepada Mak Olah untuk menyaman doktor dari Kelinik Keluarga itu tetapi Mak Olah berkata dia tidak mahu menyaman apa yang berlaku itu biarlah berlaku yang penting Mak Olah berharap dan meminta tolong kepada doktor pakar dari KMC ( Kedah Medical Central ) supaya merawat kaki Mak Olah sampai sembuh kerana Mak Olah akan menunaikan haji pada tahun hadapan bersama Abah. Doktor Sigh tersebut memberi jaminan kaki Mak Olah akan sembuh dengan sempurna bila dirawat nanti.


Tepat jam 6.30 petang Mak Olah dibawa masuk ke bilik pembedahan..kali ini doktor pakar dari KMC bertindak membuang sisa - sisa madu lebah yang terdapat pada jari kaki Mak Olah dan doktor itu telah membuang daging - daging pada atas dan bawah tapak kaki Mak Olah yang tidak dikehendaki sampailah boleh dilihat urat - urat jari jemari kaki...tak boleh saya bayangkan begitu nyeri sekali. Pembedahan itu memakan masa selama 3 jam ..alhamdulillah semuanya selamat.

Keesokkan harinya wajah Mak Olah begitu ceria sekali begitu juga Pakteh dan Abah..semua ahli keluarga sebelah Mak Olah dan sebelah Abah datang berlawat Mak Olah di KMC..Syukur kepada allah taala kerana setiap dugaan dari allah ada jalan penyelesaiannya kita sebagai insan hendaklah terus beriman kepadanya selagi kita kuat beriman kepadanya selagi itulah allah akan menduga tahap keimanan kita. Hari demi hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan keadaan kaki kanan Mak Olah telah pulih sepenuhnya dan Mak Olah mampu berdiri berjalan dengan sempurna....








1 ulasan:

  1. pasti ada sinar di sebalik tiap awan mendung..

    BalasPadam